Isu Skandal Seks DVD adalah satu isu skandal seks yang terdapat di dalam DVD yang tersebar luas di Johor terutamanya Batu Pahat. Ia melibatkan Dato' Seri Dr.
Chua Soi Lek pada akhirnya beliau meletakkan semua jawatan samada menjadi Ahli Parlimen Labis, Menteri Kesihatan, Naib Presiden MCA, Ketua MCA Negeri Johor dan Pengerusi MCA Bahagian Batu PahatIsu ini tersebar luas apabila DVD ini dilaporkan dimasukkan ke dalam kotak-kotak pos dan rumah, kedai yang dipilih di
Muar dan
Batu Pahat. Nama beliau dikatakan ditulis di atas tmpat tutup DVD.Pada 1 Januari, 2008 di pejabat MCA Labis, Dr. Chua Soi Lek mengaku bahawa beliau merupakan lelaki dalam DVD lucah yang diedarkan di
Johor,
Malaysia. Wanita berkenaan merupakan kawan peribadinya - penjual bunga. Beliau tidak merakam sendiri aksi tersebut tetapi pihak lain menggunakan televisyen litar tertutup (CCTV). Beliau telah memberi penjelasan kepada
Perdana Menteri Malaysia,
Abdullah Ahmad Badawi di
Putrajaya pada 31 Disember 2007. Beliau turut menemui
Timbalan Perdana Menteri,
Najib Tun Razak dan
Presiden MCA,
Ong Ka Ting. Akibat kontroversi tersebut, di atas nasihat kabinet, Dr. Chua terpaksa meletak jawatan sebagai Menteri Kesihatan, Naib Presiden MCA, Ketua MCA Negeri Johor, Pengerusi MCA Bahagian Batu Pahat serta Ahli Parlimen bagi
Labis.Ketua Polis Daerah
Batu Pahat ACP
Ibrahim Mohd Aris menggesa sesiapa yang memiliki
DVD lucah tersebut menyerahkannya kepada pihak polis. Sesiapa yang memiliki DVD itu ataupun membuat salinan serta mengedarnya boleh didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun dan denda atau keduaduanya sekali.
[1]